Sunday, April 25, 2010

besday girl...


besday adk bella yg ke 3...
wat kat kfc wangsa maju..
kalau la sy masih d area umo adk bella mst dpt sambut bezday mcm 2 lg kan..
musim malas nak mengetuk keybord...
jz enjoy the pix..



yg duduk..nadhirah...yg diri adk bella..
besday girl..
tetamu yg hadir...
kanakkanak keriangan

bende wajib utk besday
comel kan c bella bebel




yang kelihatan comel mase tu..






ok stop perasan ecah..!!!

Thursday, April 22, 2010

teringin

suke sgt tgk
* balik kolej de pakwe jemput.
*kolingmoling sampai pepagi bute..
*bile sakit pakwe teman kan g klinik..
*bile sedih dgn kwn2 pakwe de utk hepy..
*ngajukngajuk dgn pakwe..
*dpt ayt2 mcm jiwangjiwang karat sikit...
*ambk pic samesame..
*display kat muke buku inrelationship with ******
*bile pakwe ni caring sgt..
*g tgk muvie samesame..
*beli barang samesame..
*travel samesame...
*gaduhgaduh manje..
*sambut anniversrie..


tapi bile sy leh dpt ni sume...
asyik tgk org je...

suke lirik die

Monday, April 19, 2010

tak suke n xnak suke


saya tidak suke keadaan sekarang..
saya tidak suke perasaan sekarang
saya tidak suka pe yg saya rase sekarang...

Saturday, April 17, 2010

prihatin kan saya..





Friday, April 16, 2010

sayang kamu tau

terime kasih ber billionjutaanmillion kat mirol sbb membaungkan 7 jam waktu utk wat 100% video arab kumpulan sy..yg seharus nye kerja sy...
terimakasih kat paan sbb membuang kan 3.5minit utk meng burn kan video sy..
setelah 4jam sy mencube







kawankawan!! sy dah tau nak mendrek kat video setelah 19 tahun 11 bulan idup
kawankawan!!! sy dah tau nak meng burn kan cd setelah 19 tahun 11 bulan idup
kawankawan!! sy dah tau yg encik leppy sy de cd burner setelah 2 tahun kami bersame
kawankawan!!! sy dah tau yg idup ni sgt susah setelah 19 tahun 11 bulan idup
kawankawan!!! sy dah tau yg sy harus mengantikan tido..



so gud nite..

x tau nape

hampir setiap hari akan nangis..
nape nasib mcm ni..
x mcm org len....
tensyen dgn ni..dgn tu..

huh jiwe oh jiwe....

exam


exam

exam

exam

exam

exam







baru la jumpe libry


mengedik je..hahahah

Thursday, April 15, 2010

salahkah dia???

stori klon arwah syafia humairah..

SERDANG: Misteri jeritan sayu diselangi tangisan kanak-kanak pada lewat malam yang menghantui penduduk sebuah pangsapuri di sini sejak hampir sebulan lalu akhirnya terbongkar selepas seorang budak perempuan berusia tiga tahun ditemui mati didera, pagi semalam.

Penderitaan kanak-kanak malang itu, Lee Swee Hui, berakhir selepas mangsa yang dipercayai dipukul teruk, selain kepalanya dihentak pada dinding, mati di rumahnya di Pangsapuri Bayu, Taman Sri Serdang 8, di sini.
Lebih mengejutkan apabila mangsa dipercayai dipukul saban hari oleh bapa tiri dan ibu kandungnya tanpa mengira siang atau malam.
Selepas menyedari kematiannya, bapa tiri mangsa menghantar mayat kanak-kanak itu ke Klinik Komuniti Sri Kembangan di sini, dengan dakwaan kononnya anak tirinya itu ditemui tidak sedarkan diri dalam almari.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Ka Khaw Kok, berkata mangsa yang sudah tidak sedarkan diri itu dihantar bapa tirinya ke klinik berkenaan jam 7.45 pagi.
Menurutnya, doktor yang memeriksa mangsa bagaimanapun mengesahkan kanak-kanak malang itu sudah mati sejak dua jam lalu.
“Siasatan lanjut menemui pelbagai kesan lebam dan kecederaan pada tubuh mangsa menyebabkan doktor bertugas mengesyaki kanak-kanak itu mati akibat didera.

“Susulan itu, satu laporan polis segera dibuat sebelum bapa tiri mangsa yang berusia 27 tahun diberkas untuk siasatan lanjut,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Menurutnya, berdasarkan pemeriksaan awal terdapat lebih 30 kesan lebam dan kecederaan serius pada tubuh dan muka mangsa.“Malah, bahagian dahi mangsa turut bengkak dipercayai dihantuk ke dinding. Bagaimanapun, polis belum mengenal pasti punca kematian sehingga laporan bedah siasat diterima.

“Siasatan mendapati bapa tiri mangsa sebelum ini bekerja sebagai mekanik sebelum menganggur sejak beberapa bulan lalu,” katanya, Ka berkata, polis tidak menolak kemungkinan mangsa didera bapa tiri dan ibu kandungnya sejak lebih seminggu lalu berdasarkan kesan cedera masih baru. “Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
Ditanya kemungkinan mangsa turut didera secara seksual atau diseksa menggunakan puntung rokok, beliau menafikan andaian itu.
Sementara itu, polis menahan suri rumah yang juga ibu mangsa berusia 24 tahun, kira-kira jam 12.45 tengah hari semalam.
Ka yang ditemani Ketua Polis Daerah Subang Jaya, turut meninjau rumah suspek di tingkat empat pangsapuri itu bagi mendapatkan gambaran jelas kes berkenaan. Difahamkan, polis berusaha mengesan objek yang digunakan suspek untuk memukul mangsa sehingga mati.
Sementara itu, seorang jiran mangsa, Shamsul Madi, 30, berkata sebelum ini dia berasa tidak sedap hati apabila sering terdengar jeritan dan tangisan kanak-kanak perempuan yang seolah-olah dipukul.
Menurutnya, jeritan terbabit kerap kedengaran terutama pada larut malam dan adakalanya berlanjutan hingga ke siang hari.
“Hati saya tak tenteram dan tertanya-tanya tangisan itu berpunca dari rumah siapa. Saya yakin bunyi itu bukan tangisan biasa, sebaliknya akibat dipukul berikutan ia diselangi jeritan,” katanya.
Difahamkan, mangsa sebelum ini dijaga pengasuh sebelum diserahkan kepada ibunya untuk dipelihara
bersama adik tirinya berusia tiga bulan, sejak sebulan lalu.





cacatanperut : bile dah masuk tv baru la nak nangisnangis..nak berpengsanpengsanan...baru lah makcik pakcik nenek moyang nak kuar tv konon nye prihatin sgt mase bdk 2 idup masingmasing kat mane ntah..

mood : sedih + prihatin

tips menambah dan membuang tanpe ubat...

jom chek it out tip menambah dan membuang lemak dgn dgn cik ecah..

menambah???

*pagipagi makan nasik lemak rendang daging*
nyumnyum.beli kat simpang masuk umah
*kul 11 mkn roti kari ayam*
beli kat cafe kolej
*tgh ari makan double cheese burger kat mc d*
lepaklepak kat mc d bandar tun usin onn
*ptgptg mkn kuehkueh d susuli coklat snekers*
*magrib mkn biskut dgn air milo*
minum dgn adk bella n nadhirah
*mlmmlm mkn nasik kat umah*
kalau nasik goreng kak da masak..
*jgn joging langsung*
tido je kat umah lepas mkn
*jgn minum air masak*
*mulut sentiase mengunyah je ok*

sape la yg nak menambah lemak kan..sume nak buang lemak...
dah menambah bile tgk timbang dah xnak terime baru la sibuksibuk nak membuang lemak..


membuang??

*joging pagi dan ptg*
kalau kat kmpg sy dan kak yana mmg suke mengedik.hahah i like mamat nek waja kelabu 2..hahaha mbb 4255 hahahaha sy tau die x bace blog ni..hhahaha
*kurang kan mkn*
dpt jimat duit
*kurang kan mkn nasi*
ambk stgh senduk je nasik
*bnyk kan mkn sayur*
opssss
*minum air masak*
mmg sentiase ade botol kat tgn
*sentiase bwk air masak*
*stop mkn b4 7 mlm*
*sentiase saiko diri ckp kenyangkenyangkenyang*
walaupun lapar
*dok mengadap novel*
jiwang la pulak..
*pas mkn jgn baring*
*puase isnin khamis*
*frust dgn pakwe*
ha komfermkomferm korg xde selere mkn


selamat cube jaye






cacatanperut : ini berdasarkan pengalaman...joging sebulan stgh tiaptiap ptg non stop lemak sy berkurang 6kg..tp skrg nek *kg hahhahahaah sbb x joging langsung n langsung