Saturday, August 22, 2009

kelebihan berpuase

Seterusnya dibincangkan fadilat dan kelebihan puasa dan orang yang berpuasa:

· Imam Ahmad dan Muhammad bin Nasar al- Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah sabda Nabi s.a.w, “Dikurniakan kepada umatku pada bulan Ramadan lima kelebihan yang tidak dikurniakan mana-mana umat sebelum mereka : bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi, malaikat berdoa diampunkan mereka sehingga berbuka, Allah hiasi setiap hari syurganya, kemudian berfirman hampir-hampirlah hamba-Ku yang soleh yang merasai kesukaran tetapi terus menuju kepadamu, diikat padanya syaitan dan diampun bagi mereka pada akhir malam”.

· Imam Bukhari, Muslim dan Ahmad meriwayatkan hadis daripada Sahal bin Sa’d. Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesunggunya dalam syurga terdapat satu pintu yang dikenali dengan ar-Raiyyan di mana yang berhak memasukinya hanya orang yang berpuasa. Apabila selesai masuk nescaya ditutupnya”.

· Mengikut riwayat an-Nasai sama seperti di atas kecuali ditambah sabda Nabi: Sesiapa yang masuk di dalamnya nescaya dapat meminum siapa yang minum nescaya tidak dahaga selama-lamanya.

· Mengikut riwayat Imam Ahmad dan an-Nasai daripada Abi Hurairah r.a sabda Rasulullah s.a.w: “Puasa merupakan perisai”. Dan daripada Usman bin Abi al-As, “Puasa merupakan perisai daripada neraka seperti perisai seseorang daripada kamu pada masa peperangan selama mana ia tidak mengoyaknya dengan berdusta atau mengumpat”.

· Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Usman bin Abi al-As, puasa merupakan perisai daripada azab Allah.

· Imam Ahmad, Muslim dan an-Nasai meriwayatkan daripada Abi Hurairah dan Abi Sa’id Sesungguhnya Allah berfirman: Sesungguhnya puasa bagiku dan Aku yang membalasnya dan sesungguhnya bagi orang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan apabila ia berbuka nescaya bergembira dan apabila bertemu Allah nescaya ia gembira. Demi jiwa Muhammad ditangan-Nya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.

· Ibn Majah dan al-Hakim meriwayatkan daripada Ibn Umar bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa yang tidak ditolak”.

· Al-Dailami meriwayatkan daripada Ibn Umar katanya: “Diam orang puasa merupakan tasbih, tidurnya adalah ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan”.

· Ibn Majah meriwayatkan daripada Ibn Jabir, Ahmad, at-Tabarani dan al- Baihaqi daripada Abi Umamah bahawa Nabi bersabda: “Sesungguhnya bagi Allah ketika berbuka puasa mempunyai mereka yang dibebaskan daripada neraka yang demikian itu pada setiap malam”.

· Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Puasa merupakan separuh kesabaran dan atas tiap sesuatu mempunyai zakat dan zakat bagi tubuh badan adalah puasa”.

· Imam Ahmad, al-Tirmidzi dan al-Baihaqi meriwayatkan daripada Ummi Imarah: “Sesungguhnya orang yang berpuasa apabila makan sentiasalah malaikat berselawat keatasnya sehingga selesai makanannya”.

Sebenarnya banyak lagi kelebihan puasa dan Ramadan seperti mendapat syafaat dan dijauhkan daripada neraka. Justeru marilah sama-sama kita mengambil kesempatan dengan kunjungan Ramadan al-Mubarak dengan berpuasa dan beramal.

Selamat berpuasa dan semoga diterima Allah.

bangun sahur..

huhuh ohh tidak kul 4.30 mummy aku dah kjut..
rase mls nye nak bgun..
bguap n2 je tgk aym smbl terhidang kat ats meje..
oh enak nye..
tp aku ni klu mkn pg2 ni mmg x bape nak selere sgt..
ohhhh
bajet je..
huhuhuhuh
then pas sahur sure la kje aku cuci pinggan mangkuk..
klu kat umah nnk mst nnk ckp mcm ni
"tggl kan je pinggan mangkuk 2 pg sok bsuh la"
perihatin kan nnk aku..
hahhahahah<ingt kak da cite mse die cuci tnds dgn ank2 die n ank2 die nyanyi lgu gadis cuci>
pas smbhyg subuh aku pun g la on9
<tabah kan aku x smbung tido..bb tkut gmuk>
buke ari ni meriah kot..
ramai keturunan epi akn berkumpul kat istana hinggap HAJAH JAHARAH SAID
huhuh
arp2 ari ni buke mi kari from my mummy..yum2

21082009

huhuh
haluuu...
hepi2 smlm jmpe HIM..
huhuh
kul 6.30 aku kuar dr tul bangi..
jln bpk jem...
maybe jmmat ramai nak blk kmpg kot mcm aku..
then jln smpai semban dah glap..
then aku bru tau yg aku de mslh penglihatan mlm..
oh tidak
nak tuka spek bru ni...
hmmm
then blk2 je jmpe nuar..
even kitorg bljar kat bangi tp x pnah kuar sme tp ble blk tmpin die la partner pasar mlm aku..
ni pose ni partner psr ramadhan aku la...
huhuhuhuh
makin hensem lak die aku tgk..
huhuhuh
k la slmt bersahur