Friday, April 16, 2010
Thursday, April 15, 2010
salahkah dia???
SERDANG: Misteri jeritan sayu diselangi tangisan kanak-kanak pada lewat malam yang menghantui penduduk sebuah pangsapuri di sini sejak hampir sebulan lalu akhirnya terbongkar selepas seorang budak perempuan berusia tiga tahun ditemui mati didera, pagi semalam.
Penderitaan kanak-kanak malang itu, Lee Swee Hui, berakhir selepas mangsa yang dipercayai dipukul teruk, selain kepalanya dihentak pada dinding, mati di rumahnya di Pangsapuri Bayu, Taman Sri Serdang 8, di sini.
Lebih mengejutkan apabila mangsa dipercayai dipukul saban hari oleh bapa tiri dan ibu kandungnya tanpa mengira siang atau malam.
Selepas menyedari kematiannya, bapa tiri mangsa menghantar mayat kanak-kanak itu ke Klinik Komuniti Sri Kembangan di sini, dengan dakwaan kononnya anak tirinya itu ditemui tidak sedarkan diri dalam almari.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Ka Khaw Kok, berkata mangsa yang sudah tidak sedarkan diri itu dihantar bapa tirinya ke klinik berkenaan jam 7.45 pagi.
Menurutnya, doktor yang memeriksa mangsa bagaimanapun mengesahkan kanak-kanak malang itu sudah mati sejak dua jam lalu.
“Siasatan lanjut menemui pelbagai kesan lebam dan kecederaan pada tubuh mangsa menyebabkan doktor bertugas mengesyaki kanak-kanak itu mati akibat didera.
“Susulan itu, satu laporan polis segera dibuat sebelum bapa tiri mangsa yang berusia 27 tahun diberkas untuk siasatan lanjut,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Menurutnya, berdasarkan pemeriksaan awal terdapat lebih 30 kesan lebam dan kecederaan serius pada tubuh dan muka mangsa.“Malah, bahagian dahi mangsa turut bengkak dipercayai dihantuk ke dinding. Bagaimanapun, polis belum mengenal pasti punca kematian sehingga laporan bedah siasat diterima.
“Siasatan mendapati bapa tiri mangsa sebelum ini bekerja sebagai mekanik sebelum menganggur sejak beberapa bulan lalu,” katanya, Ka berkata, polis tidak menolak kemungkinan mangsa didera bapa tiri dan ibu kandungnya sejak lebih seminggu lalu berdasarkan kesan cedera masih baru. “Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
Ditanya kemungkinan mangsa turut didera secara seksual atau diseksa menggunakan puntung rokok, beliau menafikan andaian itu.
Sementara itu, polis menahan suri rumah yang juga ibu mangsa berusia 24 tahun, kira-kira jam 12.45 tengah hari semalam.
Ka yang ditemani Ketua Polis Daerah Subang Jaya, turut meninjau rumah suspek di tingkat empat pangsapuri itu bagi mendapatkan gambaran jelas kes berkenaan. Difahamkan, polis berusaha mengesan objek yang digunakan suspek untuk memukul mangsa sehingga mati.
Sementara itu, seorang jiran mangsa, Shamsul Madi, 30, berkata sebelum ini dia berasa tidak sedap hati apabila sering terdengar jeritan dan tangisan kanak-kanak perempuan yang seolah-olah dipukul.
Menurutnya, jeritan terbabit kerap kedengaran terutama pada larut malam dan adakalanya berlanjutan hingga ke siang hari.
“Hati saya tak tenteram dan tertanya-tanya tangisan itu berpunca dari rumah siapa. Saya yakin bunyi itu bukan tangisan biasa, sebaliknya akibat dipukul berikutan ia diselangi jeritan,” katanya.
Difahamkan, mangsa sebelum ini dijaga pengasuh sebelum diserahkan kepada ibunya untuk dipelihara
bersama adik tirinya berusia tiga bulan, sejak sebulan lalu.
Posted by
ct_isyah
at
10:41 AM
0
comments
tips menambah dan membuang tanpe ubat...
Posted by
ct_isyah
at
10:23 AM
0
comments
Wednesday, April 14, 2010
b ok
Posted by
ct_isyah
at
10:28 PM
0
comments
Tuesday, April 13, 2010
saya jatuh c.i.n.t.a
Posted by
ct_isyah
at
6:15 PM
0
comments
nak mak
Cause when I leave for the night, I ain’t coming back
Posted by
ct_isyah
at
11:18 AM
0
comments
Monday, April 12, 2010
Posted by
ct_isyah
at
11:31 AM
0
comments
Friday, April 9, 2010
45minit sahaja
*10pm-3am study eco dgn ushie,izan,asha and pais..kat amir
*3am-6am study finance...kat mc d..
*6am break1st bla bla bla
*6.30 sampai umah smbhyg subuh on9 bla bla bla..
*7 am tido dgn niat 7.30 bangun.
*7.45am mengelabah bangun..mandi pun dgn xde perasaan..pakai baju n tudung x iron..g mampos org nak ckp pe..b your self
*8.30am jwb test finance dgn snyuman yg membangge kan...
*3pm jwb test eco dgn senyuman yg mengode...
alhamdullilah.
mak time kasih doa kan isyah,,
pais tq ajar..
asha tq ajar..
ushe tq wat kan formula..
izan tq belanje b hun sup..
faruk : cah muke ko mcm muke mak aku...
sy : yeke...
mahlukmahluk : hahahahahahkakakakakkaak
sebelum berpecah
sy : balik umah solat asar dulu baru tido..
faruk : baik mak..
sy : hampeh!!!
so sekarang sy mau wat ganti tido...sgt heaven......
Posted by
ct_isyah
at
9:53 PM
0
comments
Thursday, April 8, 2010
bulan 4
ha mengelabah bile april muncul..april fool la..besdah ni la bezday tu la...tp yg paling best is.....
final...b4 final mule la bz dgn projekasigment ni la tu la..
ha mengelabah masing...bkn mereke aje ok sy pun...
skrg la baru insaf..hahahaha
semsem b4 ni sy relex lagi kan...
mggu ni mmg mggu LOSER.....
Posted by
ct_isyah
at
9:40 AM
0
comments

